BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 23 November 2011

My Teachers




THANK YOU TEACHERS..<3 U ALLWAYS


Assalamualaikum pembuka bicara
Khas dari saya
Pahit manis dikongsi bersama
Dalam seloka ini untuk santapan pembaca

Segala usaha telah mereka curahkan
sehingga tidak cukup tidur malam hari
Untuk persediaan pembelajaran
Juga menjadi semangat buat pelajar



Good morning how do you do
Mengajar English di kelas kami
Berfikiran kreatif suka disayangi
Bersuara manja muka berseri

( Teacher Teti )- BI form 5


ADD MATH juga jangan dilupa
Cikgu Sobri orangnya
Orangnya tinggi, hensem pula tu
Sering memberi tazkirah kepada kami

( Cikgu Sobri ) ADD MATH


Gurunya aktif berkaca mata
Suka bercakap tak henti2
Subjek sejarah panduan kami
Sentiasa tersenyum sporting sekali

( Cikgu Radzi )- SEJARAH form 5




Berwajah lembut berkaca mata
Manis senyuman bila bertemu
Tugasan diberi x bnyk cerita
Sabar mengajar d kelas kami

( cikgu Bahran )- FIZIK


Matmatik kini favourite matapelajaran
Guru yang pandai dlm formulanya
kalau markah rendah "roti panjang " jawapanya
Itulah dia Sir Lee

Boleh mendapat guru mithali
Berbadan tegap handsome sekali
Guru disiplin jawatan diberi
Melihat kelibat semua lari

( Sir Lee ) - matematik



Orangnya serius berdandan rapi
Bila mengajar tidak terkira
Di dalam kelas kami menyepi
Kalau tak kenal payah mesra

( Teacher Lim )-KIMIA


Guru KOKO cara tersendiri
Petah berbicara di hadapan pelajar
Beri nasihat "fikirlah sendiri"
Seloka kami jgn terasa
( Cikgu Noraini ) SEJARAH FORM 4



Ustazah Hasrina cikgu kesayangan kami
Tidak ada dia sunyi sepi di buatnya
Pendidikan Islam selalu riuh dgn gelak tawa kami
Tidak kering gusi semua lawak jenakanya

(Ustazah Hasrina)-PAI




Guru ini comel sekali
Walaupun kecil tetap garang
Puan Hasliza itulah cikgu kami,
Mengajar Biology tanggungjawabnya.

( Cikgu Hasliza ) - BIOLOGY





Tinggi lampai suka bergaya
Mulutnya kecoh kalau dah kenal
Menjalankan tugas sedaya upaya
Mengajar BI, siapa x kenal

( teacher Hasriah )-BI form 4


Si kecil molek berkaca mata
Dalam gurauan bersuara tegas
"ermmm" sering berkata
Bersikap aktif, ceria dan cergas

( cikgu Faridah) BM


Tamatlah sudah bual bicara
Mohon maaf pada yg terasa
Jangan marah senyumlah sahaja
Anggaplah ini gurauan semata

0 comments: